Pernahkah komputer anda mengalami situasi lembap dan
tergantung (hang)? Apakah faktor yang menyebabkan komputer anda mengalami
situasi seperti ini?
- Cakera
keras (hard disk drive) anda tidak dipernah melakukan proses difragment.
- Terdapat
banyak perisian (software) yang dipasang (install) pada cakera keras anda.
- Spyware
/ virus / trojan sedang beroperasi di komputer tanpa anda sedari.
- Kapasiti
memori (RAM) komputer anda hanya sedikit dan tidak mampu menjalankan
proses applikasi yang berat seperti Adobe Photoshop yang memerlukan RAM
berkapasiti 512MB (recommended)
- Cakera
keras anda tidak dibuat proses pembahagian (partition)
- Cakera
keras anda mempunyai bad sector
Setelah meneliti faktor-faktor ini, apakah jalan
penyelesaian yang perlu anda ambil? Di bawah ini, disertakan antara langkah
penyelesaian yang berguna kepada anda.
- Lakukan
proses difragment pada cakera keras (hard disk drive) anda
sekurang-kurangnya sekali sahaja seminggu. Jika anda malas melakukan
sekali seminggu, anda boleh jalankan proses ini sebulan sekali.
- Lakukan
proses Disk cleanup setelah selesai melayari internet. Saya lebih suka
menggunakan perisian ccleaner yang lebih efektif daripada utiliti windows
iaitu Disk cleanup. Perisian ccleaner boleh didapati di laman http://www.ccleaner.com/
- Anda
juga boleh memindah turun (download) perisian seperti Microsoft
Antispyware dan AVG Anti Virus Free Edition untuk mencegah serangan
spyware dan juga virus.
- Buang
(uninstall) perisian yang tidak digunakan atau yang jarang digunakan.
- Anda
boleh melakukan proses pembahagian (partition) pada cakera keras jika
kapasiti cakera keras adalah besar. Bagi Windows XP, digalakkan membuat
pembahagian dalam format NTFS.
- Bagi
cakera keras yang mempunyai bad sector, anda boleh melakukan prose Low
Level Format. Kepada yang kurang arif dalam melakukan proses Low Level
Format, sila dapatkan bantuan daripada rakan anda yang arif dalam hal ini.
Jika cakera keras anda mempunyai banyak bad sector, anda dinasihatkan
membeli cakera keras yang baru.
- Jika
komputer anda mempunyai kapasiti memori (RAM) yang sedikit, anda boleh
mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli memori yang lebih besar
kapasitinya.
- Anda
juga boleh mengurangkan bilangan proses startup. Anda boleh pergi ke Start
Menu > Run dan kemudian taipkan msconfig dan diikuti dengan enter.
Selepas itu pilih startup taskbar dan buang (uncheck) kotak applikasi yang
tidak diingini. Klik Ok dan restart komputer anda.
- Anda
boleh mengurangkan bilangan Font yang terdapat di komputer anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar